Thursday, December 12, 2013

Filled Under:

Lahirnya Nama "Keywai"

2:02 AM

                                           
Keywai, keywai, dan keywai. Bila korang mula-mula dengar nama ni, mungkin rasa "euwwwww, ape benda nama mamat ni" , haha, based on true story. Semua pelik dengan nama tu. Ceritanya macam ni, masa form 1 dulu, aku pernah lah rapat dengan sorang perempuan ni. Nama dia Amirah. Dia rapat sangat dengan aku. Kawan je lah, dan dia tengok nama aku lama-lama. Lepas tu terus pangil aku "ky" , pronouce sebenarnya "khai" .






      Aku pun terima je lah, macam okay je nama tu. Sebenarnya nama tu dipotong dari "KYRUL" ,buang KYRUL. Jadilah "KY". Jadi aku pun guna lah nama ni, sepanjang form 1, tapi kawan-kawan kelas semua lagi prefer nama "K", mungkin nak lagi pendek kot.

      One day, aku balik sekolah memang naik bas, setiap hari, sebelum naik bas, aku akan singgah 7 Eleven. Layan slurpy jap. Lepas tu masa nak bayar dekat cashier, suddenly aku ternampak satu kotak yang tertulis nama aku. Guess what? Lubricant oil, kondom. Omg, terkejut beruk aku tengok kotak tu. Aduhh, asal nama aku. Kejam betul.


       Sejak daripada peristiwa tu, aku malu nak orang panggil nama aku "Ky", walaupun aku tahu, diorang bukan tahu pun benda yang aku tahu tu. Jadi aku dipanggil dengan gelaran K ,sampai form 3. Masa hujung-hujung form 3 tu. Memang aku rapat lah dengan akak-akak form 5 ni. Stok-stok jadi kakak angkat je. Haha. Aku cakap orang panggil aku "ky" , tapi diorang tak reti sebut, jadi diorang sebut seketul-seketul. "K" "Y" jadilah "keywai".

       Masa form 4, aku masuk lah mrsm yang bernama MRSM KEPALA BATAS. Dekat sini, nak dipanggil khairul , dah ada orang nama tu, jadi aku pu pikir lah nama gelaran yang diorang kena panggil aku. Satu hari tu, aku pergi lah tulis dekat buku add math aku, ingat lagi, buku Chong Pak Cheong "Keywai". Kebetulan masa tu kelas addmath, cikgu pergi baca pulak nama aku tu.

     Sejak daripada tu, dia lah satu-satunya cikgu yang panggil aku keywai. Dan nama itu makin merebak, sampai lah semua cikgu tahu. Masa form 5, memang dikatakan ramai cikgu yang tahu nama gelaran aku tu. Cuma beberapa cikgu je panggil aku "khairul" , yang lain lebih selesa panggil aku "keywai" , even yang tak mengajar aku pun . *Bangga sikit* .Nama tu memang pelik sikit. Tapi okay kot. Sesuai dengan aku, sebab aku kan pelik jugak.  Jadi , macam itulah ceritanya.

0 comments: