Monday, December 16, 2013

Filled Under:

JDRM Pertama dan Terakhirku

1:52 AM

Okey guys hari ni aku nak share pengalaman aku buat masalah disiplin. Oh ye, tahun ni, alhamdulillah aku berjaya ditempatkan di sebuah sekolah yang sungguh cool . MRSM KEPALA BATAS. wah wah. Serius rasa diri ni tak layak nak masuk. Tapi dah ditakdirkan , syukur sangat-sangat. Yes, memang semua parent taknak kita buat benda jahat dekat sekolah , sama macam aku. Tapi aku nakal, bukan jahat ?kan ? Yelah, kalau tak kita merasa semua benda ni .Bila lagi ?

Okey, tanpa melengahkan masa, berikut adalah senarai JENAYAH BERAT yang pernah aku lakukan dekat sekolah ini.

FLY

Okey benda ni sumpah normal je bagi budak asrama. Macam mana aku boleh tahu ?Entah diorang cakap benda ni normal dan kalau tak pernah buat, RUGI .

Fly 3 Hari 2 Malam

Okey Fly  ni dah plan gila rapi dah. Act, masa tu HEP, macam "senang" nak dapat sign pulang bermalam. So, hari tu , ramai gila pergi serang pejabat ambil borang pulang bermalam. Apa lagi ,aku pun sapu lah dua tiga helai . Than, plan dengan member semua. Dah set baik-baik dah. Hari jumaat, hari yang kita orang nak keluar tu, terpaksa berpecah, ada yang tumpang kereta parent kawan yang ni ,ada yang tu. Stop dekat kailan.


Tanpa melengahkan masa, terus kalut pergi cyber cafe. Dekat situ ,tudiaaaa. dah belambak member dah datang lama dah. Untuk pengetahuan korang semua. Aku memang dari dulu jenis lelaki yang tak berapa minat games , So DOTA, Counter Strike . Erm, memang beginner habis lah . Seriusly tak berapa minat sangat. Entahlah ,suka IT ,tapi tak suka games.



Ingat kita orang lepak cybercafe tak ingat nak sembahyang ke? Dengar je azan, terus off jap, keluar pergi cari surau dalam komplek kailan tu. Adalah surau kecil, dan surau tu jugaklah tempat tidur kita orang malam ni. Memang puas lah layan facebook,twitter, games *sikit* . Oh, makan malam ? yes, kita orang sempat menjamu selera nasi kandar apa entah, telan je aku. Boleh lah, duit pun kena pandai berjimat. Nak survive 3 hari homeless kat luar. 

Memang malam tu, rasa bebas gila "Oh ,im freedom :D " Agak-agak dah pukul 2 pagi kot, baru habis main , ada yang dah terbongkang atas kerusi depan pc, sanggup tunggu kawan ,nak balik tidur surau sama-sama punya pasal. Yelah, gelap kot. Dengan suasana sunyi sepi *angin tiup sampah tin golekgolek* Sebelum tu, nasib baiklah ada 7eleven , sempat lah hilangkan dahaga sebelum tidur. Minum coke sebetul .

Masa tidur, fuhhhh .SEMPIT bro , kaki ke situ , kepala bertemu kepala. SEKSA. Tapi seronok jugak tidur ramai-ramai, walaupun sempit. NIKMAT. Tidurlah sampai esok pagi .

hari ke 2 - Okay , so kita orang plan hari ni nak pergi Sunway Carnival Mall . Apa tu ? Entah, aku mana lah tahu , ikut je kawan. Maklumlah aku kan duduk ipoh ,now dekat penang. Memang lemahlah geografi penang ni . So, diorang cakap diorang nak tengok wayang. Join jelah , duit adalah lagi tu kot. CALL VAN SAPU.




 Abang pian namanya, dia ni memang dah famous dah dekat area situ, budak sekolah aku memang itu dikira abang angkat semua budak lah , memang no. dia mesti ada dekat phonebook setiap aspura. Sampailah kita orang dekat sunway, wah best, best, jalang-jalan . Masuk setiap kedai *Tengok blah* okey kejam. Sempatlah aku join diorang tengok Mael Lambung. BEST? seriusly bored :/ dan lawak ulangan, siapa suka bro. 


Then, teruskan macam budak biasa, main arcade blablabla .Oh ye, ada pulak pc fair dekat tingkat atas. Aku pun pergi lah naik atas .Saja usha-usha.. Terminat dekat satu binatang ni. Nak tahu apa dia?



Walkman , tapi bukan sony lah, entah takda jenama. BALUN  jelah, RM60 ,serius cool . Tapi agak membazir. Duit tinggal berapa puluh je. Sumpah tak cukup.Petang tu ,PLAN kedua, pergi PACIFIC. Okay tempat ni kawan aku cakap agak bahaya sikit. Tapi peduli apa, kebebasan punya pasal. Tetap pergi naik bas rapid penang. Sampai je, terus beli tiket wayang paling lewat sekali ABRAHAM LINCOLN, okay memeber cakap dekat sini 18SX ke, 18SG ke, semua boleh masuk. Bahaha *sumpah seronok*. Sebab apa beli tiket lewat? sebab tak plan lagi nak tidur mana malam tu



     Habis sahaja movie tu, meamng ngantuk teruk lah, tak tahu nak tidur mana lagi. Terus jalan keluar dari shopping complex tu, cari surau pun tak jumpa. Last2, terjumpa geng-geng hindu tengah lepak, salah sorang dari kawan aku pergi tanya diorang , "surau mana? " , orang tu pun bagi lah arahan itu ini ,kita pun ikut jelah, ikut punya ikut. Rupa-rupanya, jumpa KUIL ! aduhhhh , dasar paria betul. Orang cari surau, depa bagi tempat sembahyang dia. Jalan punya jalan, jumpa pun surau. Eh, kunci pulak, aduh , macam mana ni, last-last kami panjat je, tapi disebabkan taknak kantoi, kena tidur luar dan bangun sebelum subuh , tidur memang sakit der, tidur atas meja je. Bangun, panjat keluar, jalan, cari makanan, memang lapar gila, tapi duit aku sebenarnya dah memang cecah angka negatif dah tu. Nasib baik kawan aku duit banyak, jadi boleh lah pinjam dia. Haha, jadi kami sebenarnya , sebelum nak makan tu, nak cari surau untuk solat subuh. Tiba-tiba dengar azan, semua kelam kabut cari punca azan tu. Yelah, nak solat dekat surau kan. Last-2 kami tak jumpa jugak. Pergi je lah hotel. Dengan muka tahap busuk gila "Bang, ada surau tak? tingkat berapa? ". Tidur punya tidur, sampai lah pukul 7 pagi.



        Kami pun keluar dari hotel, muka memang innocent je semua, abang tu dah pelik dah. Kami kisah pe, keluar terus naik bas rapid, pergi jetti butterworth, penang. Me, mang nak balik lah, tak larat. Tengah lepak dalam bas sementara nak tunggu bas jalan, tiba-tiba warden datang sorang. Fuhhh,  "macam mana dia boleh ada kat sini" . "Kamu fly ek? " , "tak, kami tidur rumah kawan" , tipu punya tipu, kantoi jugak. Kad outing kena tahan. Sehari lepas tu, ustaz panggil, buat pengakuan. Ustaz offer, "kamu nak rotan ke nak jadikan kes? " , kami pun pilih rotan lah.


          Rupa-rupanya, ustaz jadikan kes jugak, seminggu lepas tu, surat jdrm sampai rumah aku, dengan rumah homeroom aku. Aduhhhh , sampai hati ustaz. Mungkir janji, hm  terima jelah, gantung 2 minggu tak boleh outing. Nasib tu je, kalau gantung sekolah, memang rosak nama aku. Sampai bila pun aku takkan lupa kenangan ni. Memang terbaikkkk ! Sekian, terima kasih.  

0 comments: