Saturday, December 7, 2013

Filled Under:

Dua Hari Yang Penting di Sekolah

5:56 AM

Assalamualaikum. Okay , aku bukan jenis update blog hari-hari. Idea ni bukan banyak sangat pun, cukup-cukup makan je. Hari ni , aku nak cakap pasal dua hari yang penting dekat sekolah. Sekolah? Dah lama aku tak guna term tu sejak masuk Mrsm Kepala Batas. Lagi prefer "Maktab". Jadi, hari nak cerita macam mana hari pertama aku dekat Mrsm Kepala Batas,  dan macam mana hari terakhir yang aku lalui.

Hari Pertama

Hari tu, hari pertama aku langkah masuk MRSM Kepala Batas. Biasalah, bila masuk mula-mula tu, terkejut beruk, jakun pun ada. Haha. Cantiknya sekolah ni. Bangunan dia, wahhhhhh, mesti kreatif gila arkitek yang cetus idea struktur bangunan ni. Besarnya, ada dewan besar, kantin besar. Eh kantin? Ouh dekat sini tak panggil kantin. "Dewan Selera" . Masa atu aku dengan abah je datang maktab ni, mama dekat rumah. Tak dapat nak join sekaki. Masa daftar tu, fuhh kelam kabut. Fail itu nak, surat beranak nak, salinan IC pun nak. Semuanya nak. Berpeluh-peluh aku masa daftar tu. Abah? abah memang suka tengok aku berdikari. Lepas daftar, terus pergi asrama, daftar.



       Sampai je asrama, aku tengok , fuyooo. Besarnya abang-abang form 5 kat sini. Ingat lagi,  Ane nama dia. Memang besar gila. Respect teruk aku kat diorang. Dapat lah aras 3 Jati. Tudiaa, dekat ceruk aku dapat. Cop, apa hal tak berpintu ni bilik diorang. Aduhhh, aku kat tempat apa ni. Oh "kiub" namanya, aku malas nak pikir. Niat masuk sini nak berjaya kerana Allah. Tak kisah lah tempat ni ada apa.  Masa tu, perjumpaan homeroom, abah dah balik. "Pandai-pandai ari lah , abah balik dulu. Belajar rajin-rajin". Abah tinggal aku macam tu je? Hishhh, memang kena berdikari teruk, masa perjumpaan homeroom pun, aku lah terhegeh-hegeh kena perkenalkan diri sesorang diri, yang lain semua parent ada dekat sebelah. Jealousnya, takpelah. Berdikari.



    Masa tu makan tengah hari, aku memang lapar gila, Nak makan dekat dewan selera, memang aku tak reti lah. Then aku tanya junior sorang ni "Dik, nak makan tu kena bayar ke?" Almaklumlah, dah terbiasa dengan kantin, makan je bayar. Rupanya tak payah bayar. Aku pergi patah balik asrama. Duduk diam dekat atas katil. Tak makan sampai malam. Oh ye, cube mates aku masa tu, Amar Emir, Akhmal Neezam, Zariff Razukhi. Ingat sampai sekarang bro. Entah, hari pertama biasalah. Teringat mama dekat rumah je, jenuh cari duit syiling. Call mama guna public fon. Yelah, mana aku tahu boleh bawak fon ke tak. Jadi aku tak bawak. Tapi bila tengok semua orang , "Diorang guna phone relax je, aduhhhh nyesal tak bawak".

    Malam tu pergi surau, ada taklimat and so on. Dan hari berlalu seperti biasa.

Hari Terakhir

Hari ni paper biology, hari yang dinanti oleh semua pelajar seluruh malaysia. Hari terakhir SPM, malam sebelum exam tu, aku dapat spot bio dari kawan sekolah STAR. Spot dia sebijik, aku baca sambil lewa je, tidur pun awal, bangun pun lambat.Aduh, dah lah spot kena teruk. Panas je bila tengok soalan bio, lagi-lagi paper 2, tapi paper 3, memang aku spread teruk lah dekat semua orang keluar visking tube, fuhh kelaur kot. Seronok gila. Diorang semua hargai gila. Ada yang spot J-Tube lah, jadah ape susah gila nak hafal experiment tu.

 

    Hari tu, hari jadi wak ajim, memang keluar dewan je, budak-budak akauntan memang dah sedia dah nak baling telur dekat wak ajim. Aku baik sangat? tak, aku pun join sekali, ambik air mineral free yang cikgu bagi sebelum masuk dewan tu, lepas tu tuang dekat atas kepala dia. Bila air dah habis, baling botol kat kepala dia, kisah apa aku, dah habis SPM. Haha.



      Hari ni hari penting, sebab niat memang nak getback dengan Dia, tapi nak jumpa dia pun payah, mana entah dia menghilang. Hmm, takpelah, couple yang lain semua sibuk getback. Aku je kena tinggal. Lantak lah, aku teruskan hantar buku teks, Fuhhh dekat bilik SPBT, memang beratur panjang bro. Kalah queue dekat Nasi Kandar Line clear. Dahla beratur panjang, lembap pulak tu, memang busuk tahap gaban ar semua orang. Berpeluh-peluh, ada yang mengeluh cakap "Cepatlah, parent aku dah datang tu, aduhhhhh, nak balik !" macam-macam ragam kawan-kawan aku ni. Aku pun terus sabar beratur, bila tak tahan sangat. Balik kiub, mandi dulu, datang balik, diorang masih dekat tempat sama, apakah?

     Yes, aku memang nak cepat hantar, sebab plan memang nak fly terus petang tu. Nak main bowling, wayang, snooker bagai. Tapi semuanya fail. Terpaksa keluar waktu maghrib, pergi PACIFIC je lah, sebab geng yang pergi sunway sampai 21 orang. Kalau aku join jugak, memang serabut lah Sunway penuh dengan budak lepasan spm mrsm. Haha, jadi bila sampai je pacific, dengan bantuan abang pian (van sapu) tapi kali ni dia bawak kereta je. Setiba sahaja di pacific, terus pergi wayang, tengok cerita apa ada. Pilihan tak banyak pulak masa tu, tengokje lah cerita Hunger Games, masuk je panggung wayang, *titttttt twuitttt* bunyi mesej, siapa pulak mesej ni , "weyh balik asrama cepat, dah kantoi dengna warden" , aduhh apehal pulak ni. *ringtone call* aduhh , "hah, awat, tolong lah cover kami, kami baru nak enjoy" sembang punya sembang , tiba-tiba cikgu saiful cakap "Okay sekarang ni kamu ada kat mana" , gulp, takut gila aku , geletar satu badan "ermm pacific" , "okay berapa orang?  , "10 je cikgu" , "saya nak kamu balik nanti , kemas kiub kamu, pengetua dah mengamuk tu" " okay" , fuhh, memang gelabah teruk bila cikgu yang cakap dekat call. Tapi nasib tak kena marah.

      Balik je maktab, sampai kiub, kemas itu ini, lepas tu naik tangki pulak. Aku memang teringin sangat naik tangki, tapi tak berani. Takut kantoi dekat warden. Memandangkan aku bukan budak sekolah dah, aku naik tangki. Sebenarnya aku gayat. Naik je lah, fuhhh bestnya view dari atas ni, siap boleh nampak Penang Bridge lagi. Angin tiup bersepui sepui, hah memang sejuk sangat. Turun je dari situ, terus layan wifi maktab dekat depan UBK, nak layan internet buat kali terakhir. Biasalah, wifi laju kat sini.


Sekian sahaja, malas nak cerita details sangat. Kalau aku cerita, memang jadi cerpen pendek lah post ni, memang best sangat last day dekat maktab. Aku tak tidur 24 jam masa tu. Sekarang, aku kat rumah. Mula rindu maktab, mula rindu zaman persekolahan. Aku tahu korang pun sama macam tu. Kan? Okay bye :*

0 comments: