Wednesday, December 4, 2013

Filled Under:

Apa Boleh Buat Lepas SPM

4:45 AM

Assalamualaikum. Setelah sekian lama aku tak update blog ni, memang tersangat lama. Bukan tak nak update tapi sibuk dengan SPM dan ada je post dalam draft tu.

Hari ni aku nak terangkan beberapa cara yang boleh kita buat untuk manfaatkan cuti sekolah. Sejak-sejak dah habis SPM ni, duduk rumah, asyik buang masa je hari-hari. Tak ke rugi namanya tu. Tak boleh tipu lah, rutin harian aku sepanjang hari : Chat - Tweet - Tidur - TV. Sumpah rasa buang masa teruk. Rindu waktu sekolah? Siapa tak rindu. Memang rindu sesangat. Haha *over* Tak perlu aku nak merapu sangat. Okay kita mulakan dengan cara yang pertama :

1. Kerja

Okay bukan aku tak nak kerja. Tapi PLKN. Memamng nak sangat-sangat kerja, dapat duit, beli phone baru, beli laptop, beli macam-macam. Tapi PLKN. Semua plan tergendala. Bila korang kerja. Masyukkkk. Poket tebal je. Tak ada lah nak keluar dengan kawan, kena mintak duit parent. Semua tanggung sendiri. Tak ke berdikari namanya tu. Kalau lelaki, senang lah cari kerja, jadi cashier boleh, jadi driver boleh, jadi abang van sapu pun boleh. Haha. Memang banyak lah kerja kosong yang memerlukan spesies lepasan SPM macam kita ni. SANGAT DIPERLUKAN. Tapi kita yang tak ambil peluang tu. Sekurang-kurangnya tak da lah buang masa sangat dekat rumah tu. BUAT HABIS BERAS JE. Kerja yang paling orang nak sekali. Kerja Pizzahut, KFC, McD. Sebab? Dapat makan free. Sedap pula tu.

Tiada kaitan yang hidup mahupun yang mati. Gambar hiasan semata-mata.
2. Workout
Ni khas untuk lelaki je lah, perempuan mohon jangan ikut pula cadangan yang ni. Memandangkan aku duduk MRSM, perut pun makin membesar. Biasalah, sejak SPM, malas turun riadah. Semata-mata nak baca buku waktu petang. Bukan masuk pun, ada lah sikit masuk 5% .Haha sangat merugikan. Jadi, masa yang ada ni, aku nak cuba workout habis-habisan. Kita tengok ada hasilnya tak. Tak mampu pergi gym ? Okay ni cadangan aku. Memandangkan kita semua pengguna smartphone. Aku cadangkan korang install apps kat bawah ni :

Memang berkesan apps ni. Nak buat dada macam sazali samad memang tak boleh la. Tapi boleh lah sikit-sikit. Setakat ni aku guna Okay kot. Boleh tahan lah. Bengkak jugak lah muscle aku. *WOOOO*. Tapi nak workout ni, elok buat waktu pagi tu, lepas subuh dan selepas asar. Waktu ni korang dah 2 jam sebelum makan atau 3 jam. Baru lah berkesan sikit.


3. Membaca

Spm dah habis, buku semua korang campak jauh nah ? ada yang lagi berlagak, buku tinggal kat maktab, haram tak bawak balik. Sadis sungguh. Aku tak da lah maksudkan korang baca buku ilmiah bagai ni, baca buku islamik. Dekat maktab dulu, memang takda masa nak baca buku-buku macam ni. Dapat hadiah daripada maktab pun tak sempat baca lagi. Ni lah masanya, inisiatif untuk dekatkan diri kepada-Nya. Tapi kalau dah bosan sangat tu. Baca novel. Perempuan memang suka baca novel, tapi tak payah lah baca novel cinta. Buang masa je. Baca lah english novel. Sekurang-kurangnya dapat tambah vocab. Aku cakap je ni, bukan aku baca pun. Catch Us If you Can tu, bukan aku baca sampai habis pun, separuh je. Entah-entah suku je. HAHA. Lantak lah, boleh je jawab soalan novel masa tu.



Selain daripada baca buku, korang baca lah jugak surat khabar. Aku memang dahlama tak baca surat khabar, kali terakhir baca , masa kat maktab, tu pun sebab ada MOCK INTERVIEW. Kalau tak, memang tak baca. Suka tengok gambar je, tak pun, baca pasal sukan. Hal dunia ke, artis nak kahwin lagi sekali ke. Memang malas nak ambil tahu. Bagi aku tak penting. Kalau korang ada habit macam aku ni. Mohon buang segera dan UBAH.  Bahaya, nanti sampai tak tahu dunia luar. Jadilah beruang bawah tempurung. Eh? Salah ke? Lantak, dekat U nanti bukan ambik Bahasa pun. Haha.

4. Belajar Masak

Masak. Masak. Masak. Terus terang lah, aktiviti ni bukan khusus untuk perempuan je. Sebagai kaum adam, kita pun kena juga cakna <-- oh, macam esei Bm pula. Okay, aku takda lah tahu masak sangat. Tapi boleh kot tolong-tolong bini masak dekat rumah nanti kalau dia sakit.*pikir jauh nampak* . Maksud aku kat sini, belajar masak takdalah sampai 24 jam duduk dapur belajar masak dengan mak. Tapi sekurang-kurangnya bila mak masak dekat dapur tu, kena lah usha-usha sikit. Kot dapat ke skill mak masak. Lelaki mohon jangan pandang serong. Perempuan suka kita pandai masak. Sebab bila kahwin nanti, diorang boleh duduk goyang kaki tengok tv. Kita yang masak. Okay, gurau je.



Cukuplah, setakat masak air, magee, nasi. Buat apa bro? Susah lah nak hidup . Bila duduk rumah bujang nanti dekat universiti. Jenuh lah nak makan luar hari-hari. Habis duit je.

Okay aku dah kering idea. Dah lama tak perah idea nak tulis karangan panjang-panjang ni. Cukup lah sampai di sini sahaja. Ni je kot cara yang boleh aku cuba dan korang cuba untuk manfaatkan cuti sekolah.

Apa yang penting bagi aku, luangkan betul-betul masa korang dengan keluarga. Mana tahu lepas ni dah tak sempat dah. Jaga hati mereka, tolong mereka, sayang mereka.

0 comments: