Thursday, November 22, 2012

Filled Under:

Bersyukur Dengan Apa Yang Dikurniakan

5:53 AM

Assalamualaikum wahai teman. Wahai sahabat. Alhamdulillah. Keputusan peperiksaan semester 2 telah pun sampai pagi tadi. Tak perlu ungkap lebih .Sekadar "Alhamdulillah" .Allah nak uji diriku . Turun sedikit dari semester 1. Tidak mengapa, itu ertinya saya perlu mengkuasa gandakan usaha untuk mencapai kejayaan di masa akan datang. Jadi , hari ini entri saya bertajuk "Bersyukur Dengan Apa Yang Dikurniakan". Bersyukur. Apa sebenarnya yang kita paham dengan perkataan ni ?

Maksud syukur bagi orang beriman, selain mengucapkan lafaz: Alhamdulillah, perlulah di kongsi akan nikmat iman itu kepada orang yang belum beriman dengan cara dakwah mereka agar turut beriman dan selamatkan mereka dari azab api neraka, inilah namanya syukur atas nikmat iman
Kalau kita kira balik nikmat yang Allah kurniakan kepada kita, kalkulator  pun boleh rosak - kata Ustaz Azhar Idrus.Ya allah , sungguh banyak nikmat yang kau telah kurniakan kepada kami. Tapi, ada segelintir daripada hambamu ini, ego dengan dirinya, tidak pernah kenal erti bersyukur.

Senang je nak bagi contoh nikmat yang Allah kurniakan , Oksigen. Pernah tak Allah berkira dengan hambanya ? Kalau Allah berkira satu molecule oksigen bersamaan rm 1. Larat ke kita bayar? Hargailah. Syukurlah. Janganlah kamu tergulung dengan golongan yang tidak bersyukur. Tak susah pun, Alhamdulillah . Short and meaningful. Kita boleh cakap i love you ,i miss you ,take care sayang ,tapi setakat "Alhamdulillah" tu. Sehari berapa kali je kita lafaz? Malulah dekat diri tu.

Kita pohon macam-macam dekat illahi. Tapi kita langsung tidak bersyukur dengan nikmat-nikmat yang dikurniakan oleh mereka. Allah kurniakan 5 pancaindera dekat semua umat manusia , kita patut bersyukur, ada yang daripada kita. Tidak memiliki pun sempurna pancaindera. Ada yang kurang satu, ada yang dua.

Mendengar



Allah kurniakan nikmat mendengar. Fungsinya? Gunalah sebaiknya. Dengar benda-benda yang baik,yang mampu menginsafkan diri, yang mampu mengingatkan diri untuk berpatah balik ke pangkal jalan. Tidak perlulah kita bazirkan dengan mendengar gosip,kutukan dan macam-macam lagi yang membawa kerugian diri sendiri. Alhamdulillah . Takkan nak tunggu Allah dah pekakkan telinga sebelah ,baru nak teringat betapa nikmatnya ada pendengaran yang sempurna. Allah boleh tarik bila-bila masa sahaja nikmat yang allah kurniakan. Kun fayakun.

Melihat

Melihat. Mata kita yang dua tu. Pernah tak kita terpikir, "betul ke apa yang aku lihat ni ? patutkah aku lihat benda-benda sebgini? " Tak kan ? Kita kalau dilekai dengan benda-benda yang melalaikan, mana nak sedarnya. Hanyut je. Allah kurniakan nikmat melihat dengan sempurna. Lihat orang sekeliling kita, ada yang memakai kaca mata. Kerana?

Allah nak uji mereka. Allah sengaja tarik sedikit nikmat penghilatan mereka. Bersyukurlah sedikit, ada di antara kita yang tidak dapat melihat pun . Kadang-kadang, orang yang tiada nikmat melihat, teringin melihat kecantikan alam Allah , tapi tidak kesampaian. Kita yang ada nikmat penghilatan yang sempurna ni ?Leka. Lalai. Lagha. Kita memandang dengan sebelah mata semua perkara tu.

Jangan tangguh nak bertaubat. Ingatlah, sesungguhnya ajal ialah perkara yang paling hampir dalam hidup setiap manusia. Taubat sebelum terlambat. Bersyukur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan. Melihat kekurangan harta orang lain boleh memberi kesan kepada seseorang. Sama ada kesan yang baik atau tidak. Syukur atau kurang cukup. Itulah yang perlu diusahakan, syukur dengan apa yang ada dan jangan berasa tidak cukup dengan apa yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita.Tidak salah untuk mengumpul harta, tetapi jangan jadikan harta sebagai maksud hidup kita. Harta yang ada perlu diinfak ke jalan Allah Taa’la.
Syukur.. Syukur dan syukurlah. Nasihat untuk saya dan anda semua. Allahu Akbar!
Sekian sahaja yang mampu dikongsikan hari ini. Wallahualam.


0 comments: