Tuesday, November 20, 2012

Filled Under:

Jangan Kedekut Air Liur Ucap Maaf

6:23 AM

Maaf.Maaf. Susah sangat ke nak ungkap kalimah ni . "Maafkan saya" "Saya minta maaf" "Maafkan salah silap saya" . Kita mungkin tak sedar. Di sebalik orang sekeliling kita, ada yang terasa, ada yang terluka, ada yang berdendam dengan kita. Tiada penyelesaian yang lebih bagus daripada meminta maaf. Jangan ego wahai sahabatku .


Biasalah manusia normal .Ada egonya tersendiri. Kita mungkin terlintas dalam hati "aku tak salah ,dia punya salah . Dia yang guris hati aku" .  Tanya diri tu balik , dosa ke maafkan orang?dosa ke mengalah . Tak mati pun. Jangan dirisau wahai sayangku. *Ceyh* . Ingat, sekuat mana pun kesalahan diorang buat dekat kita, kita sewajarnya maafkan dengan hati terbuka. Berbaiklah dengan mereka. Biasalah, kita dilahirkan di dunia ini ,bukan untuk mencari musuh . Tetapi mencari kawan.
Kita memohon maaf, terima atau tidak daripada pihak sana. Itu hal diorang. Asalkan kita lepas tanggungjawab. Kadang-kadang kita tak sedar, benda kecil ,bila lama-lama ,boleh jadi sebesar gunung. MENGALAH. Cara yang paling senang dan efisien .

*Saya minta maaf di atas kekurangan saya selama ini . Maafkan saya kerana terkasar bahasa terguriskan hati anda semua . Maaf .Saya taknak bersenderian. Saya mahukan kawan yang ramai. Yang mampu berikan sokongan positif dari setiap sudut.


1 comments:

intan said...

saya mintak maaf (",)